fb fb fb fb fb

Angka maut kebakaran lombong di Kazakhstan meningkat 32

Lombong arang batu milik ArcelorMittal di Karaganda, barat laut Kazachstan/AFP

KARAGANDA, 29 Oktober- Angka pekerja yang terkorban dalam insiden kebakaran di lombong arang batu milik syarikat keluli gergasi ArcelorMittal di sini, hari ini, meningkat kepada 32 orang.

Gerakan mencari lebih 12 orang pekerja lagi masih diteruskan.

Semasa kebakaran, lebih 200 orang pekerja berada dalam lombong tersebut.

Berikutan kejadian itu, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev mengarahkan agar kerjasama pelaburan dengan syarikat terbabit ditamatkan.

Kebakaran tersebut adalah yang kedua dalam masa sebulan melibatkan syarikat berkenaan.

Operasi ArcelorMittal di negara itu kerap dituduh gagal mematuhi syarat keselamatan dan alam sekitar oleh pihak berkuasa.

Punca nahas tersebut belum didedahkan setakat ini.

Dalam kejadian pada Ogos lalu, lima orang pekerja lombong maut. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA