fb fb fb fb fb

Tiga maut di New Caledonia dalam rusuhan

FOTO REUTERS

SYDNEY, 15 Mei - Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam kejadaian rusuhan pada Rabu di New Caledonia, kata seorang pegawai polis.

Rusuhan itu berikutan Perhimpunan Kebangsaan Perancis yang meluluskan perubahan kepada peraturan pengundian di pulau Pasifik tersebut.

Tiga yang maut ialah kanak-kanak Orang Asli Suku Kanak, kata jurucakap presiden New Caledonia Louis Mapou.

Rusuhan tercetus minggu ini sebelum penggubal undang-undang di Paris mengundi rang undang-undang untuk membenarkan penduduk Perancis yang telah tinggal di New Caledonia selama 10 tahun mengundi dalam pilihan raya wilayah

Tindakan itu dikhuatiri oleh beberapa pemimpin tempatan yang akan mengurangkan undi suku Kanak.

Presiden Perancis Emmanuel Macron dan presiden New Caledonia Louis Mapou mengajak agar bertenang dan berbincang.

Pegawai Perancis berkata seorang telah ditemui mati ditembak di zon perindustrian, dengan Pesuruhjaya Tinggi Louis le Franc berkata tembakan itu bukan berpunca daripada polis tetapi dipercayai 'daripada seseorang yang mungkin mempertahankan dirinya'.

Macron telah menawarkan untuk mengadakan perbincangan antara kem pro dan anti-kemerdekaan New Caledonia sebelum kongres khas dua dewan parlimen mengesahkan rang undang-undang itu.

Kumpulan politik utama pro-kemerdekaan, Front de Liberation Nationale Kanak et Socialiste (FLNKS), berkata dalam satu kenyataan pada Rabu bahawa ia akan menerima tawaran mesyuarat Macron dan bersedia ke arah perjanjian dirancang. - REUTERS

TETITIA YUSOFF