fb fb fb fb fb

Tiga maut dalam insiden tembakan di majlis konvokesyen universiti Filipina

(Mayat mangsa dibawa untuk post-mortem/AFP)

MANILA, 24 Julai- Tiga orang terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah universiti di ibu negara Filipina, kata pegawai, dalam apa yang kelihatan sebagai pembunuhan yang disasarkan.

Insiden itu berlaku di Universiti Ateneo de Manila ketika pelajar undang-undang dan keluarga mereka tiba untuk majlis konvokesyen yang dijadual dihadiri Ketua Hakim Mahkamah Agung.

Antara yang terbunuh ialah bekas Datuk Bandar di wilayah selatan Basilan, Rose Furigay yang hadir untuk menyaksikan graduasi anak perempuannya, kata pihak berkuasa.

Turut terbunuh, pembantu eksekutif Furigay dan seorang pengawal keselamatan universiti.

Anak perempuannya cedera dan berada dalam "keadaan stabil" di hospital, kata polis.

Lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan telah diberkas.

"Kami agak kecewa dan berduka dengan kejadian ini," kata Datuk Bandar, Joy Belmonte. -AFP

(Pasukan SWAT dikerah mengawasi kawasan tumpuan pengunjung di Manila/AFP)

Media Baharu