BERLIN, 4 Jun - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam insiden sebuah kereta api tergelincir berhampiran pusat peranginan Alpine Bavaria di selatan Jerman.
Manakala tiga orang cedera parah dan jumlah sebenar penumpang kereta api lain yang cedera belum dapat dipastikan.
Menurut jurucakap polis, beberapa gerabak terbalik dan sebahagiannya berguling ke bawah sebuah tambak di utara pusat peranginan ski Garmisch-Partenkirchen di Bavaria.
Beberapa gerabak terbalik dan sebahagiannya berguling ke bawah sebuah tambak di utara pusat peranginan ski Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, lapor akhbar wilayah Muenchener Merkur.
"Sebahagian daripada laluan telah disekat dan lalu lintas dilencongkan. Tiga helikopter dari wilayah Tyrol (Tighol) Austria telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk memberikan pertolongan cemas," katanya.
Operasi perkhidmatan kecemasan utama masih dijalankan, kata polis, dan laluan kereta api kini ditutup sepenuhnya.- AFP