fb fb fb fb fb

Liga Negara Eropah: Denmark bangkit daripada jaringan Benzema untuk tewaskan Perancis

(Denmark meraikan kemenangan mereka/AFP)

PARIS, 4 Jun- Pemain gantian, Andreas Cornelius menjaringkan dua gol bagi membantu Denmark bangkit daripada jaringan cemerlang Karim Benzema untuk menewaskan juara dunia, Perancis 2-1 dalam perlawanan Liga Negara Eropah di Stade de France.

Ia merupakan perlawanan pertama di stadium itu sejak kekecohan yang menjejaskan perlawanan akhi Liga Juara Eropah hujung minggu lalu.

Jaringan menakjubkan Benzema meletakkan Perancis di hadapan enam minit selepas separuh masa, hanya untuk penyerang Trabzonspor Cornelius menjaringkan gol penyamaan Denmark pada pertengahan separuh masa kedua dan kemudian meledak gol kemenangan pada minit ke-88.

(Trabzonspor Cornelius menjaringkan gol penyamaan Denmark pada pertengahan separuh masa kedua/UEFA)

Perancis turut menyaksikan penyerang, Kylian Mbappe dan tonggak pertahanan, Raphael Varane dikeluarkan selepas mengalami kecederaan.

"Kami mempunyai pemain yang telah bermain banyak perlawanan musim ini dan mereka jelas kurang segar," kata penolong jurulatih Perancis, Guy Stephan, yang menambah bahawa Mbappe bergelut dengan kecederaan lutut dan Varane mengalami masalah hamstring.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan 1 Liga A, Austria menewaskan Croatia 3-0 untuk mendahului kumpulan. -AFP

Media Baharu