fb fb fb fb fb

Tiga maut akibat banjir di Elenite, Bulgaria

FOTO REUTERS

SOFIA, 4 Oktober - Sekurang-kurangnya tiga orang maut dalam kejadian banjir selepas hujan lebat melanda kawasan peranginan Laut Hitam, Elenite, lapor agensi berita Bulgaria, BTA.

Menteri Dalam Negeri, Daniel Mitov memaklumkan, seorang lelaki terbunuh selepas air deras membanjiri ruang bawah tanah bangunan, manakala dua lagi merupakan anggota penyelamat yang sedang bertugas membantu mangsa.

Lebih 10 jentera bomba digerakkan di sekitar wilayah pesisir Laut Hitam termasuk Elenite bagi membantu mangsa banjir, menurut laporan stesen televisyen NOVA TV yang memetik pegawai daerah.

Rakaman NOVA TV menunjukkan air deras melimpahi jalan raya hingga merosakkan kenderaan, manakala tentera turut menghantar dua bot bersama pasukan penyelamat ke kawasan terjejas.

“Kami sedang memantau keadaan. Jika Kementerian Dalam Negeri memerlukan, kami bersedia menghantar tambahan anggota,” kata Menteri Pertahanan, Atanas Zapryanov seperti dilapor BTA.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat akan terus melanda rantau itu dalam tempoh 24 jam akan datang.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE