GAZA CITY, 12 September - Serangan udara Israel di timur Gaza City meragut nyawa 14 ahli keluarga sekali gus memusnahkan tiga generasi dalam sekelip mata.
Serangan itu berlaku ketika tentera Israel melancarkan serangan besar-besaran dengan menggunakan bahan letupan kawalan jauh, selain serangan udara dan artileri berat yang menyasarkan sebahagian besar kawasan timur Gaza City.
“Dalam satu serangan sahaja, 14 orang daripada sebuah keluarga terkorban. Kita bercakap tentang tiga generasi yang lenyap dalam satu serangan udara,” kata wartawan Al Jazeera Hani Mahmoud di lokasi kejadia.
Tentera Israel turut menggunakan bom suar untuk menerangi ruang udara Gaza.
Ia merupakan malam kedua berturut-turut taktik licik zionist itu digunakan sekali gus menambah ketakutan penduduk yang hilang tempat tinggal.