GAZA CITY, 12 September - Angka korban di seluruh wilayah Gaza meningkat kepada 64,718 orang, manakala 163,859 lagi cedera sejak tercetusnya konflik antara Hamas dengan Israel pada 7 Oktober 2023.
Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, hospital di Gaza melaporkan 72 kematian dan 356 kecederaan akibat serangan Israel.
Selain itu, tujuh lagi penduduk termasuk seorang kanak-kanak turut dilaporkan meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan di wilayah terkepung itu.
Tentera Israel juga terus menggunakan bom suar bagi menerangi ruang udara Gaza.
Ia merupakan malam kedua berturut-turut taktik itu digunakan, sekali gus menambah ketakutan ribuan penduduk yang telah kehilangan tempat tinggal - REUTERS