fb fb fb fb fb

Tiga cedera selepas lelaki serang bas sekolah di China

Foto Hiasan: REUTERS

TOKYO, 25 Jun- Seorang lelaki dengan sebilah pisau menyerang bas yang digunakan sebuah sekolah Jepun di Suzhou, China, pada Isnin, mencederakan tiga orang.

Mangsa terdiri daripada seorang wanita China dengan kecederaan parah serta melibatkan seorang wanita Jepun dan anaknya, kata seorang pegawai di konsulat Jepun di Shanghai.

Wanita warga China yang berada di dalam bas itu dalam keadaan kritikal, manakala wanita Jepun dan anaknya, yang sedang menunggu bas di perhentian, mengalami kecederaan ringan, kata pegawai itu kepada Reuters.

Ditanya sama ada hubungan tegang antara Jepun dan China boleh menjadi punca tindakannya, pegawai itu enggan mengulas dan berkata pihak berkuasa tempatan sudah menahan suspek dan siasatan sedang dijalankan- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI