fb fb fb fb fb

Tiga anggota pasukan pengaman PBB di Mali terbunuh

(FOTO HIASAN)

DAKAR, 22 Februari- Tiga anggota pasukan pengaman PBB terbunuh pada Selasa apabila konvoi mereka terkena bom di tepi jalan di Mali  yang kini sedang dikuasai pemberontak.

Ia dikatakan sebagai tamparan baharu kepada operasi yang telah lama dijalankan.

"Konvoi Pasukan MINUSMA telah terlanggar Alat Letupan Improvisasi #IED hari ini," kata misi itu dalam satu tweet yang memberi angka awal tiga maut dan lima cedera parah.

Misi itu bagaimanapun tidak memberi sebarang maklumat segera mengenai warganegara mangsa.

Sebuah negeri miskin yang terletak di tengah-tengah Sahel di Afrika Barat, Mali sedang bergelut dengan pemberontakan selama 11 tahun dan telah meragut ribuan nyawa serta memaksa ratusan ribu orang meninggalkan rumah mereka.

MINUSMA, Misi Penstabilan Bersepadu Multidimensi PBB di Mali telah diwujudkan pada 2013.

Dengan lebih daripada 13,500 anggota tentera dan polis, ia adalah salah satu misi pengaman PBB yang terbesar tetapi juga diklasfikasikan sebagai antara misi paling berbahaya merana membabitkan jumlah kematian yang tinggi terutama akibat IED.

Pada Januari, Ketua PBB Antonio Guterres berkata dalam laporannya bahawa 165 anggota pasukan pengaman telah terkorban manakala 687 lagi cedera  sejak Julai 2013.

Pasukan itu merekodkan 548 serangan IED sehingga tarikh laporan, meragut 103 nyawa dan 638 cedera dalam kalangan anggota MINUSMA. -AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu