fb fb fb fb fb

Saintis Eropah syor henti guna sangkar untuk ternak ayam, jaga kebajikan ternakan

(FOTO HIASAN)

PARIS, 22 Februari- Para saintis di Agensi Keselamatan Makanan Eropah EFSA pada Selasa mengesyorkan menamatkan penggunaan sangkar untuk menternak ayam pedaging dan ayam penelur bagi meningkatkan kebajikan haiwan itu.

Kedua-dua penilaian saintifik itu juga mengesyorkan menamatkan amalan mutilasi dan sekatan makanan, serta memberikan nasihat tentang cara menambah baik struktur untuk menternak ayam.

Kajian itu diminta oleh Suruhanjaya Eropah untuk menyediakan asas saintifik bagi menyokong usaha menjadikan pengeluaran makanan mesra alam dan makanan lebih sihat, serta semakan berterusan perundangan kebajikan haiwan EU.

Cadangan EFSA termasuk mengurangkan ketumpatan tempat ayam ditempatkan, membenarkan mereka masuk ke luar dan mengurangkan tahap bunyi.-AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu