fb fb fb fb fb

Siasatan kes letupan paip gas Nord Stream masih belum selesai

(FOTO REUTERS)

NEW YORK, 22 Februari - Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia mendakwa kejadian letupan pada jajaran saluran paip gas Nord Stream September lalu sebagai tindakan 'keganasan antarabangsa'.

Nebenzia pada mesyuarat Majlis Keselamatan pada Selasa berkata pihaknya percaya ia adalah perbuatan sabotaj dan mendakwa pihak barat merupakan dalang di sebalik letupan tersebut.

(Vassily Nebenzia / FOTO REUTERS)

Ini turut diakui tiga negara yang turut menyiasat kejadian tersebut iaitu Denmark, Jerman, Sweden.

Menerusi laporan bertulis kepada Majlis Keselamatan PBB, siasatan awal tiga negara tersebut mendapati terdapat 'letupan kuat akibat tindakan sabotaj'.

Mereka mendakwa, kebocoran tersebut telah menyebabkan pelepasan gas rumah hijau yang terlalu banyak serta membimbangkan.

Awal bulan ini, Rumah Putih menolak catatan blog oleh wartawan penyiasat A.S. yang mendakwa Amerika Syarikat berada di sebalik letupan sebagai 'fiksyen palsu dan lengkap'.-REUTERS

Media Baharu