ISLAMABAD, 29 Disember- Pakistan telah melarang sambutan Ambang Tahun Baharu untuk menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin di Gaza.
Perdana Menteri, Anwar-ul-Haq Kakar berkata ia disebabkan situasi di Semenanjung Gaza, di mana Israel telah membunuh lebih 21,000 orang termasuk 9,000 kanak-kanak sejak 7 Oktober lalu.
Kakar berkata “Seluruh negara Pakistan dan umat Islam amat sedih dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang tertindas, terutamanya pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak yang tidak berdosa, di Gaza dan Tebing Barat.”
Justeru itu, larangan mengadakan sebarang sambutan Tahun Baharu akan dikuatkuasakan, katanya.
Malam Tahun Baharu biasanya disambut dengan meriah di Pakistan, dengan bunga api dan tembakan dari udara serta cuti pada 1 Januari.- AFP