BRUSSELS, 17 Februari- Masih tiada petanda Rusia sudah mengundurkan tenteranya dari sempadan dengan Ukraine.
Menurut Ketua Pertubuhan perjanjian Atlantik Utara (NATO), Moscow sebaliknya dilihat sedang meningkatkan jumlah askarnya.
NATO menjelaskan, Russia mempunyai 30,000 tentera sempadan di utara Ukraine, menjadikan keseluruhan kerahan tentera Russia di sempadan Ukraine meningkat lebih 100,000 anggota.
Para menteri luar NATO kini bermesyuarat di Brussels, Belgium, di tengah-tengah kebimbangan akan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Ini meskipun Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum ini sudah mengalu-alukan dialog dengan negara-negara barat dan mendakwa sudah mengundurkan sebahagian tenteranya.