fb fb fb fb fb

Sekurang-kurangnya seorang maut akibat gempa bumi di Guatemala

GUATEMALA, 17 Februari- Sekurang-kurangnya seorang maut dan seorang kanak-kanak cedera selepas gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Guatemala dan mengakibatkan kerosakan di tujuh kawasan pada Rabu, lapor Xinhua.

Institut Kebangsaan bahagian Seismologi, Vulkanologi, Meteorologi dan Hidrologi berkata, gempa pada pukul 1:12 pagi waktu tempatan (0712 GMT), direkodkan di luar pantai barat Escuintla di Lautan Pasifik pada kedalaman 36 kilometer menyebabkan beberapa gempa susulan di kawasan itu.

Menurut Jabatan Koordinasi Kebangsaan bagi Pengurangan Bencana, seramai 24,790 orang terjejas termasuk seorang maut di bandar Mixco dan seorang kanak-kanak patah tangan.

Sebanyak 12 jalan mengalami kerosakan, manakala bilangan bangunan dan kediaman musnah terus meningkat. -BERNAMA

Media Baharu