fb fb fb fb fb

Tiada operasi pemindahan orang awam di Ukraine hari ini

(Wanita berjalan melepasi bangunan yang rosak di bandar pelabuhan selatan Mariupol, Ukraine/REUTERS)

KIEV, 22 April - Tiada operasi pemindahan orang awam akan dilakukan di Ukraine, hari ini kerana situasi yang amat berbahaya.

Perkara itu disahkan Timbalan Perdana Menteri, Iryna Vereshchuk.

"Oleh kerana rasa tidak selamat di sepanjang laluan, tidak akan ada koridor kemanusiaan bagi pemindahan orang awam hari ini," tulis Vereshchuk di aplikasi pemesejan Telegram.

"Kepada semua yang menunggu pemindahan, di harap supaya bertahan dan bersabar," katanya.

(Iryna Vereshchuk/REUTERS)

Semalam, kira-kira 79 orang kebanyakannya wanita telah dipindahkan dengan menggunakan tiga buah bas dari bandar Mariupol.

Perjalanan sejauh 225 kilometer ke Zaporizhzhia yang dahulunya mengambil masa tiga jam dalam keadaan aman, memerlukan masa lebih 24 jam.-AFP

Media Baharu