fb fb fb fb fb

Bumi Al-Aqsa terus dicemari pertempuran, 11 rakyat Palestin dikejarkan ke hospital

BAITULMAQDIS, 22 April- Perkarangan masjid Al-Aqsa hari ini terus digempur polis Israel, menyebabkan berlaku pertempuran dengan penduduk Palestin.

Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, susulan itu 11 rakyat Palestin dikejarkan ke hospital, dua daripadanya berada dalam keadaan serius.

Polis Israel menyerbu kawasan terbabit dan melepaskan gas pemedih mata serta peluru getah ke arah penduduk Palestin yang berusaha mempertahankan hak mereka.

Minggu lalu, lebih 200 orang dilaporkan cedera dalam pertempuran sama di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Dalam pada itu, pertemuan menteri-menteri Arab pada Khamis menegaskan supaya Israel menghormati status quo di tapak suci itu dan mengutuk serangan rejim Israel terhadap jemaah di masjid Al-Aqsa.

Tindakan ganas tersebut dianggap provokasi secara terang-terangan terhadap umat Islam di seluruh dunia.

"Seramai 23 orang rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan sejak 22 Mac lalu," mengikut pengiraan AFP.


(Foto AFP)

Media Baharu