fb fb fb fb fb

Enam terbunuh, seorang cedera kebakaran gudang minyak wangi di Turkiye

Foto AFP

DILOVASI, 8 November - Enam orang terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gudang minyak wangi di barat laut Turkiye pada Sabtu, menurut pihak berkuasa.

Kebakaran berlaku sekitar pukul 9:00 pagi (0600 GMT) di daerah Dilovasi, wilayah Kocaeli dan berjaya dikawal dalam kira-kira satu jam selepas pasukan kecemasan dikerahkan, menurut pejabat gabenor.

Gabenor Ilhami Aktas memberitahu pemberita bahawa enam orang meninggal dunia manakala seorang lagi sedang menerima rawatan akibat kecederaan.

Tambah beliau, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan pihak berkuasa telah memulakan siasatan rasmi.

Seorang saksi berkata beliau mendengar letupan dan melihat seorang individu terbakar.

"Terdapat jeritan, tetapi kami tidak dapat berbuat apa-apa," katanya kepada pemberita. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN