fb fb fb fb fb

57 Penduduk cedera di Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 23 April - Polis rejim Zionis terus mengasari penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis pada Jumaat apabila melepaskan gas pemedih mata termasuk menggunakan dron dan peluru getah.

Dalam pertempuran ketika umat Islam sedang berpuasa itu, sekurang-kurangnya 57 penduduk cedera.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, 14 orang penduduk Palestin dikejarkan ke hospital dengan seorang dilapor kritikal.

"Pertempuran terjadi ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.

"Sepanjang minggu lalu lebih 150 rakyat Palestin dan tiga anggota polis cedera dalam konfrontasi," menurut persatuan itu.

Masjid Al-Aqsa sering dicemari keganasan, terutama pada bulan Ramadan kerana sering menjadi sasaran Israel yang menganggap lokasi itu sebagai kawasan suci mereka.


(Foto Reuters)

Media Baharu