fb fb fb fb fb

Thaksin dipenjarakan selepas pulang

BANGKOK, 23 Ogos - Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dimasukkan ke hospital malam tadi, kerana masalah jantung dan darah tinggi, pada malam pertamanya di penjara.

Jabatan Pemulihan Thailand dalam satu kenyatanan berkata Thaksin, 74 tahun mengadu sesak dada dan tekanan darah tinggi dan telah dirujuk ke hospital di Bangkok kira-kira pukul 2 pagi (1900 GMT pada 22 Ogos).

Thaksin pulang ke Thailand pada hari yang sama parlimen Thailand memilih Perdana Menterinya yang baharu.

Polis berkata Thaksin dimasukkan ke hospital kerana penjara itu tidak dapat menjamin dia akan mendapat rawatan yang betul.

Thaksin dikawal lapan pengawal penjara ketika dia dipindahkan, kata ketua pengarah Jabatan Pemasyarakatan, Ayuth Sintoppant. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu