fb fb fb fb fb

Penduduk Tokyo bimbang pelepasan air Fukushima

TOKYO, 23 Ogos - Sehari sebelum kerajaan melepaskan air radioaktif yang dirawat dari loji nuklear Fukushima ke laut, penduduk Tokyo menyatakan kebimbangan berikutan perkara itu.

Lebih daripada satu juta tan metrik air radioaktif terawat akan dilepaskan dari loji kendalian Tokyo Electric Power Company (Tepco).

Rancangan pelepasan air itu, mendapat kritikan hebat dari negara China dan kumpulan nelayan tempatan yang bimbang akan kesan terhadap kehidupan harian mereka.

Bagaimanapum, Jepun menyatakan bahawa pelepasan air itu adalah selamat.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), menyuarakan rancangan itu pada Julai, dengan mendakwa bahawa ia memenuhi piawaian antarabangsa. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu