fb fb fb fb fb

Suspek punca kebakaran besar di Albania ditangkap

ALBANIA, 23 Ogos - Pasukan bomba dan tentera Albania berusaha mengawal kebakaran besar berhampiran bandar barat Lac, kata menteri dalam negeri pada Selasa.

Pihak polis juga telah mengeluarkan satu rakaman video seorang lelaki ditahan. Menteri Dalam Negeri Albania, Taulant Balla berkata dia (suspek lelaki) disyaki melakukan pembakaran.

“Kebakaran telah merebak ke kawasan besar pokok pain berhampiran bandar Lac dan ini adalah salah satu kebakaran hutan paling dahsyat tahun ini,” kata Balla dalam catatan di laman Facebooknya.

Menteri Pertahanan, Niko Peleshi berkata kira-kira 50 anggota tentera telah dikerahkan untuk mengawal dan memadam kebakaran daripada merebak ke kediaman sekitar.

Mereka menyifatkan ia satu tugas sukar.

Sehingga Julai, Albania telah mengenal pasti dan mendakwa 14 orang kerana melakukan kebakaran hutan, dan boleh dihukum penjara hingga 15 tahun jika disabit kesalahan. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu