fb fb fb fb fb

Rompakan di Argentina berikutan peningkatan inflasi melampau

MORENO, 23 Ogos - Kes rompakan berleluasa di Argentina sejak tiga hari lalu, selepas berlakunya peningkatan inflasi yang mencecah hampir 116%.

Rakaman dari stesen televisyen tempatan menunjukkan kemusnahan di sebuah pasar raya di Moreno, berikutan rompakan.

Pihak berkuasa tempatan berkata 56 orang telah ditangkap selepas merompak dan cubaan merompak pada petang Selasa di pinggir bandar Buenos Aires.

Pada hujung minggu, video rompakan di Cordoba, Mendoza dan Neuquen tersebar di media sosial. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu