fb fb fb fb fb

Thailand tawar perlindungan perubatan untuk pelancong

FOTO HIASAN

BANGKOK, 16 Februari- Thailand melancarkan skim perlindungan perubatan untuk pelancong bermula 1 Januari lalu sehingga 30 Ogos depan.

Menteri Pelancongan, Sudawan Wangsuphakijkosol berkata, kerajaan akan menampung perbelanjaan perubatan sehingga 500,000 baht (RM66,899) dan pampasan sehingga satu juta baht sekiranya berlaku kematian di bawah skim baharu dikenali 'Keselamatan Pengembara Thailand'.

"Kempen ini bertujuan untuk menyakinkan pelancong asing bahawa Thailand adalah selamat dan setiap invidiu berada bawah penjagaan yang baik," katanya.

Namun, skim terbabit tidak melindungi insiden disebabkan kecuaian, dirancang, perbuataan menyalahi undang-undang atau tingkah laku berisiko.

Pelancong boleh mendaftar skim itu melalui laman web Keselamatan Pengembara Thailand menerusi pautan tts.go.th.

Insiatif yang diumum semalam dilihat sebagai usaha Thailand bagi merancakkan sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

SITI AISHAH BINTI MD ISA