fb fb fb fb fb

Thailand henti pengeluaran lesen senjata api selama setahun

Seorang lelaki melihat paparan senjata api di sebuah kedai di Bangkok/FOTO FAIL REUTERS

BANGKOK, 20 Disember - Thailand menghentikan lesen senjata api selama setahun berkuat kuasa serta-merta selepas beberapa siri tembakan berprofil tinggi berlaku di ibu negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Traisuree Taisaranakul melalui laman Facebook rasminya bagi membendung keganasan senjata api.

"Untuk meningkatkan keselamatan dan mengurangkan kadar jenayah, kami akan melarang sementara pengeluaran senjata peribadi," katanya.

Pada Oktober lalu, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di Bangkok dan dilaporkan tiga orang terbunuh dalam kejadian itu.

Selain itu dalam kejadian pada Oktober 2022, seorang anggota polis telah menembak 36 orang termasuk kanak-kanak dalam kejadian tembakan rambang di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di wilayah Nong Bua, Lamphu, Thailand.

Menurut laman web GunPolicy.org, Thailand merekodkan kadar pemilikan senjata api tertinggi di rantau ini dengan 10 juta senjata api.

Edaran sepucuk senjata api dilaporkan untuk setiap tujuh orang rakyat Thailand.

Selain daripada insiden berprofil tinggi seperti serangan taska dan pusat beli-belah, tembakan maut juga sering dilaporkan dalam media Thailand.

Selain Thailand, Kerajaan Arab Saudi mencatatkan hampir 1,300 kematian melibatkan senjata api pada 2019 berbanding 130 di negara jiran Vietnam yang penduduknya kira-kira 40 peratus lebih tinggi. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN