fb fb fb fb fb

Thailand arah kawalan senjata lebih ketat, banteras dadah besar-besaran

(Pusat jagaan di timur laut Thailand yang mengorbankan
sekurang-kurangnya 35 orang termasuk kanak-kanak/AFP)

BANGKOK, 11 Oktober- Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mengetatkan peraturan pemilikan senjata api serta membanteras pengunaan dadah di negara berkenaan.

Prayuth telah mengarahkan pihak berkuasa untuk menjalankan ujian penggunaan dadah secara besar-besaran dalam kalangan pegawai dan masyarakat.

Ini bagi mengelak kejadian pembunuhan beramai-ramai di pusat jagaan kanak-kanak baru-baru ini, berulang.

Prayuth turut mengarahkan pendaftar kerajaan membatalkan lesen senjata kepada individu yang menyalahgunakan senjata tersebut sehingga mengancam nyawa.

Sementara itu, pihak berkuasa Thailand bercadang untuk menarik balik senjata api daripada pegawai dan pegawai polis yang telah menyalahgunakan senjata api mereka, termasuk berkelakuan agresif semasa menjalankan tugas.

Ketua Polis Jeneral Damrongsak Kittprapas berkata, pihaknya juga akan membuat pemeriksaan mental secara berkala bagi pemohon dan pemegang lesen senjata api.

Pemilikan senjata api adalah tinggi di Thailand berbanding beberapa negara lain di Asia Tenggara.-REUTERS


(Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha/REUTERS)

Media Baharu