fb fb fb fb fb

Mahkamah tertinggi UK nilai asas perundangan untuk undi kemerdekaan Scotland

(Mahkamah Agung UK telah mula mempertimbangkan kesahihan langkah Scotland untuk mengadakan
referendum baharu mengenai kemerdekaan tahun depan tanpa persetujuan kerajaan di London/AFP)

LONDON, 11 Oktober - Mahkamah Agung United Kingdom (UK) akan mempertimbangkan keabsahan langkah Scotland mengadakan referendum baharu tahun depan berhubung kemerdekaannya tanpa persetujuan kerajaan di London.

Kerajaan nasionalis Menteri Pertama, Nicola Sturgeon di Edinburgh mahukan undi baharu mengenai soalan: "Adakah Scotland menjadi sebuah negara merdeka?"

Semalam beliau memberitahu persidangan tahunan Parti Kebangsaan Scotland bahawa pendengaran itu tidak akan diperlukan jika kerajaan UK di Westminster menghormati demokrasi Scotland.

(Semalam, Nicola Sturgeon memberitahu persidangan tahunan Parti Kebangsaan Scotland
bahawa pendengaran itu tidak akan diperlukan jika kerajaan UK di Westminster menghormati
demokrasi Scotland/REUTERS)

"Tetapi Westminster tidak mempunyai rasa hormat sedemikian. Ini bermakna isu ini sentiasa ditakdirkan untuk berakhir di mahkamah lambat laun pada pandangan saya, lebih baik ia diselesaikan lebih awal," katanya.

"Jika mahkamah membuat keputusan mengikut cara yang kita harapkan, pada 19 Oktober tahun depan akan ada referendum kemerdekaan."

Perbicaraan Mahkamah Agung yang dimulakan oleh penasihat undang-undang tertinggi Scotland akan menyaksikan peguam kanan berhujah mengenai kuasa parlimen yang diturunkan di Edinburgh berbanding Westminster.

Media Baharu