fb fb fb fb fb

Thailand akan batalkan ujian RT-PCR bagi ketibaan antarabangsa untuk individu lengkap vaksinasi

BANGKOK, 23 April - Thailand akan membatalkan ujian RT-PCR bagi ketibaan antarabangsa untuk individu lengkap vaksinasi, mulai 1 Mei.

Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha berkata, pelancong asing yang memasuki negara itu melalui program "Test & Go" tanpa perlu menjalani kuarantin, hanya perlu melakukan ujian antigen kendiri.

(Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha)

Pelancong juga tidak lagi diminta membuat tempahan awal penginapan hotel satu malam bagi menjalani ujian RT-PCR ketika ketibaan.

Selain itu, insurans perubatan dikurangkan daripada AS$20,0002 kepada AS$10,000.

Bagi pelancong tidak lengkap vaksinasi, mereka perlu mengemukakan ujian RT-PCR negatif bagi pengecualian kuarantin.

Mereka yang gagal mempamerkan sijil vaksinasi akan dikenakan kuarantin lima hari di pusat kuarantin.

Media Baharu