fb fb fb fb fb

Gempa bumi 5.7 skala Richter gegar selatan Bosnia, dirasai seluruh Balkan

SARAJEVO, 23 April- Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan selatan Bosnia lewat Jumaat dan dirasai di seluruh Balkan, kata Kajian Geologi AS (USGS).

Gempa bumi itu berlaku pada 21:07 GMT dan berpusat 14 kilometer timur laut bandar Ljubinje, kata USGS.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan besar.

Gegaran itu dirasai sejauh Belgrade, Zagreb dan Skopje, lebih 400 kilometer dari pusat gempa, menurut wartawan AFP.

Laporan kepada USGS menunjukkan ia juga dirasai di Albania dan selatan Itali.

Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean memberi amaran bahawa "gegaran susulan mungkin berlaku dalam beberapa jam dan hari akan datang."

Balkan terdedah kepada aktiviti seismik dan gempa bumi yang kerap.


(GAMBAR HIASAN)

Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud pada 29 Disember 2020 di wilayah Petrinja, berhampiran ibu kota Croatia, Zagreb, mengorbankan tujuh orang dan memusnahkan ratusan bangunan dan rumah.

Pada Mac 2020, Zabreb dilanda gegaran 5.3 yang menyebabkan kerosakan besar.

Pada November 2019, lebih 50 orang terbunuh di Albania akibat gempa bumi 6.4 skala Richter yang turut menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal. - AFP

Media Baharu