HOUSTON, 1 Mac- Pasukan kecemasan Texas bergelut untuk mengawal kebakaran hutan terbesar dalam sejarah di Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan menghanguskan sejuta ekar ketika api marak di luar kawalan.
Perkhidmatan Hutan A&M Texas berkata lima kebakaran besar, didorong oleh haba musim sejuk dan angin ganas, sedang aktif membakar seluruh kawasan utara negeri itu yang dikenali sebagai Texas panhandle.
Kes yang terbesar adalah kebakaran Smokehouse Creek, melibatkan keluasan 435,000 hektar, dan hanya tiga peratus terkawal.
Kebakaran Smokehouse Creek bergabung dengan satu lagi kebakaran, ia kini menjadi kebakaran hutan terbesar di negeri ini, mengatasi bencana Kompleks Amarillo Timur yang membakar 907,000 ekar pada tahun 2006.
Perkhidmatan hutan yakin keadaan cuaca akan membantu usaha anggota bomba.
Menurut pegawai, sebagai tambahan kepada lima kebakaran yang berterusan, 18 lagi kebakaran di seluruh utara dan timur Texas sebahagian besarnya dapat dikawal.
Gabenor Greg Abbott pada Selasa mengeluarkan pengisytiharan bencana untuk 60 daerah Texas sebagai satu langkah untuk memerangi kebakaran.
Pada Februari, seluruh bandar Amerika Syarikat dan Kanada mencatatkan rekod suhu tinggi dengan sesetengahnya mengalami kepanasan seperti musim panas.
Corak cuaca El Nino yang melanda sebagai tambahan kepada perubahan iklim, menurut pakar. -AFP