fb fb fb fb fb

Tesla buka ruang pameran kedua di India

Tesla buka galeri kedua di India/Foto Reuters

NEW DELHI, 12 Ogos - Tesla membuka pameran keduanya di India ketika syarikat itu berdepan gesaan memboikot pasaran negara tersebut.

Ia susulan ahli perniagaan dan penyokong Perdana Menteri Narendra Modi cetus sentimen anti-Amerika sebagai bantahan terhadap tarif yang dikenakan Washington kepada New Delhi.

Pengguna di India bagaimanapun mempunyai pendapat masing-masing, antaranya pakar bedah plastik, Bhumika Narang mengakui kadar tarif tidak mempengaruhi keputusan beliau untuk memiliki kenderaan premium tersebut.

Atishay Sharma pula berpendapat, pengguna di India perlu menunjukkan sedikit tentangan terhadap Amerika susulan kadar tarif yang dikenakan.

Barangan jenama Amerika masih mendominasi pasaran India kerana pengguna mewah semakin meningkat.

Golongan tersebut masih berminat menggunakan barangan import dari Amerika sebagai simbolik peningkatan taraf kehidupan mereka.REUTERS

ASHRIQ FAHMY AHMAD