fb fb fb fb fb

Trump lanjut penangguhan tarif ke atas China selama 90 hari lagi

AS menangguh tarif baharu dikenakan ke atas China/Foto Reuters

WASHINGTON, 12 Ogos - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin mengumumkan bahawa beliau menandatangani perintah eksekutif untuk melanjutkan penangguhan tarif ke atas China selama 90 hari lagi.

“Semua elemen lain dalam Perjanjian akan kekal sama. Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini,” kata Trump di platform media sosial Truth Social.

Menurut perintah itu, AS akan mengekalkan penggantungan tarif lebih tinggi terhadap import dari China sehingga 10 Nov.

Bagaimanapun, tarif timbal balik sebanyak 10 peratus kekal berkuat kuasa sepanjang tempoh itu.-BERNAMA/ANADOLU

ASHRIQ FAHMY AHMAD