MOSCOW, 18 Mei - Tentera udara Ukraine melaporkan bahawa mereka telah memintas 88 daripada 273 dron yang dilancarkan Rusia sepanjang malam.
Serangan adalah tertumpu di wilayah Kiev.
"Musuh menyerang dengan 273 dron serangan Shahed dan pelbagai jenis dron peniru," katanya.
Tambahnya lagi, 88 dron telah dimusnahkan manakala 128 lagi telah tersasar.
Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin mahu menghapuskan sebarang bentuk punca yang mencetuskan konflik Ukraine dan akan memastikan keselamatan Rusia.
Matlamat Moscow adalah untuk "menghapuskan punca-punca yang mencetuskan krisis ini, mewujudkan syarat-syarat untuk keamanan yang berkekalan dan menjamin keselamatan Rusia", kata Putin kepada televisyen kerajaan Rusia.
Perkara itu dinyatakannya dua hari selepas rundingan damai pertama dengan Ukraine sejak 2022 gagal mencapai persetujuan gencatan senjata. - AFP