fb fb fb fb fb

Semua hospital awam di utara Gaza lumpuh, Hospital Indonesia dikepung Israel

Foto Reuters

GAZA, 18 Mei - Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan bahawa semua hospital awam di utara wilayah itu kini tidak lagi beroperasi.

Ia berlaku selepas pasukan tentera Israel mengepung Hospital Indonesia.

"Penjajahan Israel telah memperhebat kepungan dengan tembakan hebat di sekitar Hospital Indonesia dan kawasan sekitarnya," kata kementerian tersebut.

Ia telah menghalang pesakit, kakitangan perubatan dan bekalan untuk memasuki hospital itu. "Sekali gus memaksa hospital itu tidak lagi berfungsi." - AFP

TETITIA YUSOFF