SANAA, 18 Mei - Kumpulan Huthi mendakwa telah melancarkan dua peluru berpandu balistik ke arah Lapangan Terbang Ben Gurion berhampiran Tel Aviv, Israel.
Terdahulu, tentera Israel memaklumkan satu peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman telah berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara Israel, selepas siren kecemasan dibunyikan di beberapa kawasan bagi memberi amaran kepada orang awam.
Serangan tersebut merupakan sebahagian daripada siri tindakan ketenteraan yang didakwa oleh Huthi sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Meskipun kumpulan itu telah menyatakan persetujuan untuk menghentikan serangan ke atas kapal-kapal milik Amerika Syarikat, serangan ke atas sasaran Israel masih diteruskan.
Sebagai tindak balas, Israel telah melancarkan beberapa serangan balas, termasuk satu serangan pada 6 Mei lalu yang menyasarkan lapangan terbang utama di ibu negara Yaman, Sanaa.
Serangan itu mengakibatkan kemusnahan infrastruktur dan beberapa kematian.-REUTERS