fb fb fb fb fb

Tentera Ukraine bebaskan tiga lagi penempatan di Kherson

KYIV, 6 Oktober- Tentera Ukraine membebaskan tiga lagi penempatan di wilayah Kherson pada Rabu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy memaklumkan, tiga penempatan tersebut ialah Novovoskresenske, Novohryhorivka dan Petropavlivka yang semuanya terletak di timur laut bandar Kherson.

"Dalam tempoh 24 jam yang lalu sahaja, penempatan seperti Novovoskresenske, Novohryhorivka dan Petropavlivka telah dibebaskan dan distabilkan daripada referendum palsu di wilayah Kherson.

Pergerakan itu berterusan," kata Zelenskiy menerusi satu video.

(Volodymyr Zelenskiy, Presiden Ukraine / Foto REUTERS)

Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani undang-undang untuk memasukkan empat wilayah Ukraine yang diduduki ke dalam Rusia pada Rabu.

Undang-undang baharu itu akan memasukkan kira-kira 18 peratus wilayah Ukraine ke dalam Rusia bersamaan dengan kawasan Portugal dalam pengilhakan terbesar Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Rusia tidak mengawal sepenuhnya mana-mana daripada empat wilayah yang didakwa telah ditawan.

Moscow masih belum menyelesaikan proses menyempadanan baharu Rusia.

Sementara itu, tentera Ukraine telah menawan semula beribu-ribu batu persegi wilayahnya sejak awal September.

Ia termasuk berpuluh-puluh penempatan hanya dalam beberapa hari lalu. -REUTERS

Media Baharu