COPENHAGEN, 6 Oktober- Denmark bakal mengadakan pilihan rayanya 1 November ini.
Perkara itu diumum Perdana Menteri, Mette Frederiksen selepas mendapat perkenan Ratu Margrethe.
(Perdana Menteri, Mette Frederiksen / Foto AFP)
Pilihan raya kali ini dijangka bakal menyaksikan saingan sengit antara parti Demokratik Sosial pimpinan Frederiksen dengan pembangkang.
Parti pemerintah juga mungkin berdepan kesukaran mempertahankan sokokngan parti lain yang turut sama membentuk kerajaan.
Berdasarkan undang-undang.. Frederiksen yang menjawat jawatan Perdana Menteri sejak Jun 2019 perlu mengadakan pilihan raya sebelum Jun tahun depan.
Desakan untuk membuat pilihan raya sering disuarakan salah satu parti yang membentuk kerajaan.- AFP