fb fb fb fb fb

Tentera Rusia-Ukraine giat lancar serangan antara satu sama lain

(FOTO REUTERS)

MOSCOW, 28 Februari - Krisis Rusia-Ukraine menyaksikan pasukan tentera kedua-dua negara kian giat melancarkan serangan antara satu sama lain.

Moscow memaklumkan, serangan peluru berpandu pasukannya telah mengenai beberapa sasaran penting Kiev.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov berkata antara sasaran yang berjaya dineutralkan adalah anggota tentera lawan, kereta kebal, kereta perisai dan trak di beberapa wilayah utama.

(Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov/AFP)

Pasukan udara Rusia turut berjaya menembak jatuh peluru berpandu buatan Amerika Syarikat yang disasar kepada kedudukan pasukannya.

Sementara itu, Ukraine mendakwa berjaya mematahkan hampir 81 serangan pasukan Rusia daripada pelbagai arah.

Selain itu, ia juga berjaya menembak jatuh pesawat tempur milik Kremlin, Sukhoi Su-25. -REUTERS

Media Baharu