OTTAWA, 28 Februari- Kerajaan Kanada pada Isnin mengharamkan mengharamkan penggunaan aplikasi TikTok pada semua peranti elektronik ,peralatan dan perkakasan kerajaan.
Berkuatkuasa pada Selasa, aplikasi TikTok dikeluarkan daripada telefon bimbit dan peranti elektronik milik kerajaan Kanada.
Pengguna peranti elektronik pula akan disekat daripada memuat turun aplikasi TikTok pada masa akan datang.
Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Kanada dipetik berkata telah mengenal pasti kehadiran aplikasi TikTok memberi risiko kepada keselamatan dan maklumat peribadi
Meski pun tiada bukti yang dapat mengaitkan aplikasi tersebut dengan kecurian data kerajaan, kerajaan Kanada memberi amaran kaedah pengumpulan data oleh TikTok menyediakan akses kepada kandungan maklumat telefon.
Minggu lalu Kesatuan Eropah (EU) turut mengikut jejak langkah Amerika Syarikat mengharamkan aplikasi berkenaan.
Jurucakap TikTok berkata tindakan kerajaan Kanada menyekat aplikasi TikTok di peranti dan peralatan kerajaan sebagai tidak berasas dan tanpa perundingan dengan syarikat tersebut.
Hubungan antara kanada dan China semakin tegang dalam beberapa tahun kebelakangan terutamnya selepas penangkapan salah seorang Eksekutif Huawei pada 2018 dan tindak balas kerajaan China yang menahan dua orang warga Kanada.
Minggu lalu, Suruhanjaya Peribadi Kanada (OPC) melancarkan siasatan terhadap TikTok berhubung pengumpulan dan penggunaan data peribadi-AFP
(Bermula Selasa, Kanada mengharam aplikasi TikTok di peranti dan telefon bimbit
milik kerajaan/Foto AFP)