fb fb fb fb fb

Hong Kong mansuh mandat pelitup muka selepas lebih 3 tahun

(FOTO AFP)

HONG KONG, 28 Februari-Hong Kong bakal memansuhkan mandat pelitup muka bermula 1 Mac ini kata Ketua Eksekutif, John Lee.

Hong Kong merupakan bandar terakhir di dunia yang masih menguatkuasakan pemakaian pelitup muka di setiap kawasan awam.

Berdasarkan penguatkuasaan itu, setiap penduduk yang berusia lebih daripada dua tahun diwajibkan memakai pelitup muka atau berdepan denda sebanyak $10,000 dolar Hong Kong.

"Saya mengumukan keperluan pemakaian pelitup muka akan dimansuhkan bermula esok (1 Mac) meliputi kawasan tertutup dan terbuka dan pengangkutan awam", kata lee pada satu sidang media pada Selasa.

Lee, bagaimana pun berkata pemakaian pelitup muka di hospital dan rumah jagaan Orang Tua adalah tertakluk kepada pihak pengurusan.

Langkah Hong Kong untuk memansuhkan pelitup muka muncul selepas kerajaannya bulan ini melancarkan kempen promosi yang dipanggil "Hello Hong Kong" untuk menarik kembali pelancong dan perniagaan yang, sejak 2020, menjauhkan diri daripada pulau bekas koloni British tersebut.

Di tanah besar China, penduduknya sudah tidak diperlukan memakai pelitup muka di luar rumah, walaupun pihak berkuasa menggalakkan mereka berbuat demikian di dalam bangunan awam seperti lapangan terbang dan stesen kereta api.

Manakala pentadbiran Di Macau telah memansuhkan pemakaian pelitup muka di kebanyakan lokasi kecuali hospital dan di dalam pengangkutan awam-AFP

(Mandat pemakaian pelitup muka di Hong Kong dimansuhkan bermula 1 Mac/Foto AFP)

Media Baharu