fb fb fb fb fb

Tentera Rusia tutup pangkalan tentera di Azerbaijan

Tentera Rusia menghadiri upacara penutupan pangkalan tentera pengaman dari wilayah Karabakh, di Khojaly/REUTERS

AZERBAIJAN, 16 Mei- Rusia menutup pangkalan tentera di Azerbaijan pada Rabu selepas tentera Azeri menawan semula kawasan itu tahun lalu. 

Walaupun misi Rusia selama dua tahun itu adalah untuk menghalang perang antara Azerbaijan dan Armenia.

Seramai 1,960 pasukan tentera Rusia ditempatkan di 10 berek di pangkalan di Khojaly, sebuah bandar di wilayah Karabakh.

Di sebalik penempatan itu, Azerbaijan menawan semula Karabakh dalam serangan pada September tahun lalu.

"Kehadiran pasukan pengaman Rusia dijangka mewujudkan keamanan di tanah Azerbaijan," kata Kolonel Jeneral Rusia Yevgeny Nikiforov.

Ketua Kakitangan Am Azerbaijan Kolonel Jeneral Kerim Valiyev berkata, Rusia telah melakukan "semua usaha untuk mewujudkan keamanan di wilayah ekonomi Karabakh" dan menamatkan konflik selama beberapa dekad.

Armenia mempunyai pandangan yang sangat berbeza terhadap peranan Rusia.

Negara itu menuduh Moscow gagal tanpa bertindak daripada menghalang Azerbaijan mengambil Karabakh secara paksa.

Armenia telah menggantung penyertaannya dalam Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif, kumpulan pertahanan bekas negara Soviet yang didominasi oleh Rusia.

Nikiforov berkata tentera Rusia memberikan bantuan kemanusiaan, membersihkan lebih 30,000 alat letupan, memulangkan lebih 110 tawanan perang dan mengatur pemulangan lebih 1,900 tentera yang gugur ke pihak masing-masing.

"Tentera Rusia menyelesaikan tugas yang diberikan kepada mereka," katanya.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI