fb fb fb fb fb

Tentera Rusia Tinggalkan Pos Pulau Ular

 (Imej satelit Pulau Ular/REUTERS)

KIEV, 1 Julai- Tentera Rusia telah mengosongkan pos strategik di Snake Island (Pulau Ular) di Laut Hitam.

Kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia menyebut, pengunduran dari pos berkenaan dilakukan atas 'semangat muhibah'.

Ia menunjukkan Moscow tidak menghalang usaha Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mewujudkan koridor kemanusiaan, bagi membolehkan bijirin dieksport dari pelabuhan Ukraine.

Kiev dalam reaksinya menyifatkan pengunduran tentera penceroboh dari Pulau Ular, sebagai kejayaan besar.

(Foto Google)

Sementara itu, Rusia memanggil Duta Britain ke Moscow, bagi menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Perdana Menteri, Boris Johnson yang menyinggung Presiden Vladimir Putin.

Menurut Kementerian Luar Rusia, Deborah Bronnert telah dimaklumkan mengenai bantahan keras Moscow terhadap komen terbuka yang dibuat kerajaan Britain terhadap pemimpin, pegawai dan rakyat Rusia. -REUTERS

Media Baharu