fb fb fb fb fb

8 terbunuh dalam protes rampasan kuasa di Sudan

(FOTO AFP)

KHARTOUM, 1 Julai- Sekurang-kurangnya lapan penunjuk perasaan terbunuh ketika pasukan keselamatan berusaha untuk membatalkan perhimpunan besar-besaran penunjuk perasaan yang menuntut penamatan pemerintahan tentera, kata Pegawai Perubatan, prodemokrasi.

Pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan untuk menyuraikan puluhan ribu penunjuk perasaan.

Tindakan keras dan berterusan tersebut merupakan keganasan terhadap gerakan menentang rampasan kuasa di negara itu.


(Penunjuk perasaan semasa demonstrasi menentang
pemerintahan tentera di bandar kembar Khartoum Bahri (Utara)/AFP)

“Walaupun kami mati, tentera tidak akan memerintah kami,” laung penunjuk perasaan, menggesa kembalikan rampasan kuasa tentera pada Oktober lalu yang diketuai oleh Ketua Tentera Abdel Fattah al-Burhan.

Enam daripada lapan yang terbunuh akibat ditembak di dada, kepala, atau belakang.

Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 111 akibat daripada keganasan dalam protes tersebut.

"Turun dengan pemerintahan Burhan," orang ramai berkobar-kobar melaungkan, dengan protes dan keganasan di kedua-dua ibu kota Khartoum dan pinggir bandarnya, termasuk bandar berkembar Omdurman, di seberang sungai Nil.

Pasukan keselamatan bertindak melepaskan semburan air yang kuat, ketika penunjuk perasaan membakar tayar.

Pakar perubatan juga melaporkan beberapa percubaan untuk menyerbu hospital di Khartoum," dengan pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata ke dalam hospital yang terlibat.

Saksi mendakwa protes di Khartoum lebih besar daripada biasa dan di luar ibu negara, demonstrasi juga berlaku di Wad Madani di selatan, wilayah Darfur barat, negeri timur Kassala dan Gedaref serta bandar Port Sudan.

Dalam pada itu, talian internet dan telefon terganggu sejak awal pagi Khamis, satu langkah yang sering dikenakan pihak berkuasa Sudan untuk menghalang perhimpunan besar-besaran.

Bagaimanapun, menjelang petang, komunikasi telah dipulihkan sebahagiannya.

Walaupun perintah darurat telah ditarik balik selepas rampasan kuasa, kawalan keselamatan amat ketat di Khartoum.

Tentera dan polis menghalang lalum menuju ke ibu pejabat tentera dan istana presiden, kata saksi. Kedai-kedai di sekitar ibu kota sebahagian besarnya ditutup.-AFP

Media Baharu