fb fb fb fb fb

Tentera Rusia musnahkan wilayah perindustrian, Donbas

KIEV, 20 Mei - Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky memaklumkan tentera Rusia telah memusnahkan sepenuhnya wilayah perindustrian, Donbas.

Zelensky turut menuduh Moscow melakukan pengeboman tidak masuk akal dengan memperhebatkan serangannya terhadap Ukraine.

Zelensky juga mengulangi tuduhannya bahawa Rusia sedang melakukan pembunuhan besar-besaran.

(Volodymyr Zelensky)

Presiden Zelensky berkata, sementara pasukan Ukraine terus membebaskan wilayah Kharkiv di timur Kiev, Rusia pula terus membedil Donbas, di tenggara Ukraine dengan 12 maut dalam pengeboman terbaharu tentera Rusia.

Katanya tindakan Moscow itu adalah percubaan jenayah secara sengaja untuk membunuh sebanyak mungkin warga Ukraine, serta memusnahkan infrastuktur, rumah, kemudahan sosial dan kilang.

Zelensky juga mengucapkan terima kasih kepada Amerika Syarikat kerana meluluskan pakej bantuan baru berjumlah AS$40 bilion kepada Ukraine.

Media Baharu