fb fb fb fb fb

Tentera Rusia musnahkan 38 dron Ukraine

Foto AFP

MOSCOW, 9 Julai- Tentera Rusia telah memusnahkan 38 dron Ukraine semalaman, di kawasan berhampiran sempadan, kata Kementerian Pertahanan Moscow.

"Sistem pertahanan udara yang bertugas memusnahkan dan memintas tiga pesawat udara tanpa pemandu (UAV) di wilayah Belgorod, tujuh UAV di wilayah Kursk, dua UAV di wilayah Voronezh, 21 UAV di wilayah Rostov dan lima UAV di wilayah Astrakhan," kata kementerian itu menerusi Telegram.

Gabenor Astrakhan, Igor Babushkin berkata, Ukraine telah melancarkan serangan percubaan besar-besaran untuk menyerang sasaran dengan menggunakan dron di utara wilayah itu. Bagaimanapun, serangan itu telah berjaya ditangkis.

Kedua-dua pihak menggunakan dron, termasuk pesawat yang meletup sendiri dan lebih besar serta boleh mencapai jarak sehingga beratus-ratus kilometer, sepanjang tempoh konflik ini yang bermula pada Februari 2022.

Ukraine telah meningkatkan serangannya ke atas wilayah Rusia tahun ini, menyasarkan kedua-dua kawasan tenaga yang dikatakan sebagai bahan api tentera Rusia, serta bandar dan kampung di seberang sempadan.

Presiden Rusia Vladimir Putin melancarkan serangan darat baharu di wilayah Kharkiv timur laut Ukraine pada Mei, dalam operasi untuk mewujudkan zon pertahanan dan mengusir tentera Ukraine bagi melindungi sempadan Rusia wilayah Belgorod daripada serangan.-AFP

ROSLINA BINTI DIN