FOTO AFP
BELARUS, 11 Februari- Kementerian Pertahanan Rusia memulakan latihan ketenteraannya dalam skala besar di Belarus di tengah-tengah ketegangan memuncak melibatkan Barat.
Berdasarkan visual yang di siarkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia pada Khamis, kereta kebal dan beluru berpandu dilancarkan selain menggerakkan aset jet pejuang.
Bagaimanapun tidak di ketahui lokasi sebenar latihan yang diadakan di Belarus itu.
Latihan diadakan selepas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada 2 Februari mengarahkan hampir 3 ribu tentera tambahan di kerah ke Poland, Romania dan Jerman bagi menguatkan NATO.
Ini selepas Rusia mengerahkan 100,000 tenteranya berada berhampiran sempadan Ukraine.
Rusia bagaimanapun menolak dakwaan untuk menyerang atau menceroboh Ukraine namun akan mengambil tindakan ketenteraan tertentu sekiranya beberapa tuntutan tidak dipenuhi.
Dalam pada itu di Ukraine, negara itu menerima bekalan senjata yang dihantar oleh Amerika Syarikat.
Ini merupakan sebahagian daripada pakej keselamatan bernilai AS$200 juta.
Peralatan berkenaan tiba di di Lapangan terbang Boryspil yang terletak di ibu negaranya Kyiv dan dipindahkan ke trak tentera Ukraine.
Ukraine sebelum ini sudah menerima bantuan ketenteraan yang di buat secara berfasa dari Amerika Syarikat. -AFP