fb fb fb fb fb

Biden arah rakyatnya segera tinggalkan Ukraine

FOTO AFP


KYIV, 11 Februari- Amerika Syarikat sekali lagi menggesa rakyatnya meninggalkan Ukraine dengan kadar segera.

Menurut Jabatan Negara Amerika, ini susulan ancaman tindakan ketenteraan Rusia terhadap Ukraine.

Kenyataan itu mengarahkan warga Amerika menghentikan perjalanan ke Ukraine kerana ancaman tindakan ketenteraan Rusia dan COVID-19 semakin meningkat.

"Mereka yang berada di Ukraine harus segera keluar melalui penerbangan komersial atau persendirian," kata kenyataan itu.

Mereka juga digesa supaya meningkatkan langkah pengawasan kerana jenayah, pergolakan awam, dan operasi tempur mungkin berlaku sekiranya Rusia mengambil tindakan ketenteraan.

23 Januari lalu, Jabatan Negara mengarahkan ahli keluarga kakitangan kedutaan dan pekerjanya untuk meninggalkan Kyiv. -AFP

Media Baharu