WARSAW, 10 September -Tentera Poland melepaskan tembakan ke atas "objek musuh" susulan pencerobohan berulang kali terhadap ruang udara negara itu ketika serangan Rusia ke atas Ukraine.
"Pesawat telah menggunakan senjata terhadap objek musuh,” kata Menteri Pertahanan Poland Wladyslaw Kosiniak-Kamysz dalam satu kenyataan di media sosial.
Beliau turut menjelaskan bahawa Poland berada dalam hubungan berterusan dengan komando Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bagi memantau dan menilai situasi semasa di sempadan timur negara itu. - AFP