fb fb fb fb fb

Rusia, Ukraine saling lancar serangan dron dan ketenteraan dalam tempoh 24 jam

Foto REUTERS

KIEV, 10 September -Rusia dan Ukraine masing-masing melaporkan siri serangan balas dalam tempoh 24 jam lalu, melibatkan serangan dron serta serangan ke atas infrastruktur ketenteraan di beberapa medan pertempuran.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataan memaklumkan bahawa pasukannya telah melancarkan serangan di pelbagai lokasi dalam zon "operasi ketenteraan khas", menyasarkan anggota tentera dan kelengkapan Ukraine.

Serangan itu turut merangkumi kemudahan simpanan peluru, lokasi pelancaran dron serta kawasan yang menempatkan tentera Ukraine dan tentera upahan asing.

Pihak Rusia turut mendakwa bahawa sistem pertahanan udaranya berjaya memintas dan menembak jatuh 230 dron Ukraine dalam tempoh tersebut.

Sementara itu, Direktorat Perisikan Utama Kementerian Pertahanan Ukraine memaklumkan bahawa unit dron mereka telah melancarkan serangan tepat terhadap dua sistem pertahanan udara Rusia di wilayah Crimea, yang ditawan Rusia sejak 2014.

Tentera Ukraine juga melaporkan bahawa pasukan Rusia telah melancarkan 47 serangan di arah Pokrovsk, namun tentera Ukraine berjaya menahan kemaraan tersebut.- REUTERS

TETITIA YUSOFF