GUERRERO, 11 September - Tentera Laut Mexico merampas sebanyak 1,600 kilogram kokain dalam satu operasi maritim di perairan luar pesisir Guerrero.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kerajaan Mexico pada Rabu, rampasan itu dilakukan dalam operasi pemantauan yang bertujuan menegakkan kedaulatan undang-undang di zon maritim negara itu.
"Pasukan rondaan laut dan udara berjaya mengesan serta memintas sebuah kapal di barat daya Acapulco, sebelum menemukan 54 bungkusan yang mengandungi kira-kira 1,600 peket kokain.
"Pihak berkuasa menganggarkan rampasan tersebut berjaya menghalang pengedaran kira-kira 3.2 bilion dos dadah, dengan nilai pasaran gelap dianggarkan mencecah 371.8 bilion peso (sekitar AS$19.91 bilion)," menurut kenyataan itu. -REUTERS